Loading...
top-ms2018-12-21T12:38:04+00:00

Setitik misteri

Satu shima mikan yang mencerminkan Okinawa
Setitik haruman
Bergemerlapan seperti bintang yang menghiasi langit malam
Hampir seperti
Aroma universal yang memberikan ketenangan yang mendalam
Menggores masa dengan lembut
Menerjah ke dalam lubuk hati anda

カーブチー

Rahmat alam
Bahagian utara pulau besar Okinawa dengan gunung-ganang serta hutan rimba dikenali sebagai “Yanbaru” oleh penduduk tempatan.
Satu khazanah alam yang berniali serta spesis unik flora fauna, juga dikenali sebagai “Galapagos of the Orient”.
Galapagos ini juga adalah kediaman kepada sitrus kabuchi.
Dikelilingi hutan gunung yang tebal, buah ini tumbuh dengan persekitaran udara yang bersih.

Tentang sitrus
kabuchi
keluaran Okinawa

Apakah kabuchi?

Kabuchi ialah jenis oren mikan yang unik digunakan dalam Okinawa sejak berkurun lamanya.
Nama Kabuchi datangnya daripada perkataan dialek tempatan Okinawa untuk kulit (“ka”) dan tebal (“buchi”).
Dan sebagaimana namanya, ia adalah oren mikan yang kecil dilitupi kulit yang tebal.

Sejarah kabuchi

Okinawa sebelum ini menjadi negeri merdeka dan kabuci asal yang bernilai telah menjadi popular sejak Ryukyu Kingdom (kurun ke abad 12 – 17) dan sehingga sekarang.

Sejarah sebelum pembentukan Ryukyu Kingdom tidak jelas,
dan terdapat banyak misteri tentang bagaimana dan bila mereka mula menggunakannya.

3 jenis ciri-ciri khas kabuchi

  1. [Aroma manisnya] Aroma yang datang daripada kulit tebal adalah ciri paling penting buah ini. Haruman menyegarkan yang unik.
  2. [Jus buah yang lazat] Walaupun buah tersebut mengandungi banyak biji serta sedikit isi, jus yang diperah keluar memiliki kemanisan dan kemasaman sederhana yang lazat.
  3. [|Sitrus kuat]Ini adalah buah kuat yang tahan lasak terhadap penyakit serta seperti taufan dan memiliki penampilan buah liar yang berbeza kerana ia bukannya dibesarkan secara terpilih.

Pengeluaran Kabuchi

Kabuchi hanya boleh dituai di hutan terhad di bahagian utara kawasan Okinawa.

Di Okinesia kami bekerjasama dengan petani untuk mengeluarkan kabuci yang kuat ini dan melaksanakan teknik bertani semula jadi yang tidak bergantung kepada agro kimia dan baja kimia.

Kami menanam setiap buah dengan berhati-hati.

Bandar pulau besar besar Okinawa iaitu Motobucho Izumi dikelilingi oleh kehijauan dan gunung-ganang di mana shima mikan dikeluarkan.
Kebanyakan jenis sitrus termasuk spesis yang jarang ditemui seperti kabuchi yang dilindungi sepertimana ia ditanam oleh penduduk di Izumi Mikan Production Association.

Minyak Pati

Ciri-ciri minyak pati kabuchi

[Bahan] Diperbuat dengan 100% sitrus kabuchi yang jarang ditemui.

[Pengeluaran] Tinggi kualiti dan minyak pati yang stabil dikeluarkan menggunakan penyulingan stim.

[Haruman] Bercirikan haruman menyegarkan yang mendalam dan sitrus yang kuat.

[Komponen] Menurut kajian kerjasama dengan universiti ia mempunyai kesan menenangkan.

[Fototoksiti] Tiada (Bebas Furokumarin)

Fototoksiti merujuk kepada apabila kulit yang mempunyai minyak pati sitrus tertentu dipakai dan terkena cahaya ultra ungu dan merosakkan. Kesan termasuklah kulit tidak sekata, terbakar, gatal dan ruam.
Sesetengah minyak pati yang memiliki fototoksiti adalah bergamot, akar angelica, lemon, dan limau gedang. Minyak pati Kabuchi yang dikeluarkan melalui penyulingan stim adalah minyak sitrus tetapi tidak mempunyai fototoksiti. Mereka digunakan dengan selamat di rangkaian penjagaan kulit, wangian dan aromaterapi.

Bagaimana menggunakan minyak pati kabuchi

Sebagai tambahan kepada minyak pati buat aromaterapi, minyak pati kabuki digunakan secara meluas dalam kosmetik haruman seperti solekan serta sabun sebagai wangian semula jadi. Bagi jumlahnya, kami boleh memenuhi keperluan pelanggan dan menyediakan 3ml – 100ml bagi penggunaan peribadi dan 1000ml dan ke atas bagi penggunaan industri (atau eksport). Selain daripada minyak pati,”hydrolats” (INCI diluluskan) juga dibuat. Sila buat pertanyaan tentang ini.

Kilang minyak pati Kabuchi

Dalam bulan September 2016, sebuah kilang penyulingan telah dibina, terletak di lembah bahagian utara tanah besar Okinawa. Tanda bangunan ini ialah blok kaca di bahagian hadapan. Ia direka dengan rekan bentuk tekstil Okinawa “minsa”. Hijau melambangkan sitrus kabuchi, kuning ialah shikuwasa, dan oren ialah sitrus tankan.
Kami menyuling minyak pati dengan berhati-hati, terima kasih kepada setiap titik, di keluarkan di lokasi dikelilingi oleh kehijauan dan di bawah langit yang cerah.

Bukti diambil melalui kajian kerjasama dengan
Kitasato University School of Pharmacy.

Kitasato University

Di tubuhkan dalam tahun 1962. Pengasasnya ialah MD Shibasaburo Kitasato. Ia dikenali sebagai pusat perubatan ketimuran.
The Kitasato University Oriental Medicine Research Center terletak di dalam kampus.

Kajian Kerjasama

Okinesia di laksanakan oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perdagangan dan program Kerjasama Industri di bawah tema “How to use kabuchi’s high added value”. (2009)

Semenjak dari itu kami menjalankan kajian kerjasama dengan  Kitasato University School of Pharmacy bagi menganalisa bahan dalam kabuchi dan properti perubatan minyak pati.
Di sini kami menemui kesan memenangkan kabuchi dan kesan mendorong untuk tidur.

北里大学の小林義典先生とカーブチーのエッセンシャルオイルが有する薬理作用についての研究論文

Tesis kajian dengan kerjasama bersama Kitasato University School of Pharmacy professor Yoshinori Kobayashi (2016)

Bagaimana kami menggunakan minyak pati kabuchi

カーブチー お線香

Batang setanggi

Kami menggabungkan minyak pati kabuchi dengan getto yang bertenaga, herba tipikal Okinawa. Setanggi berbentuk sfera dibuat melalui pengeluaran tumbuhan sahaja.

カーブチー オードパルファム

Eau de Parfum

Kami telah membangunkan satu eau de parfum sitrus dengan asas minyak pati kabuchi.

カーブチー オーデコロン

Eau de Cologne

Kami telah membangunkan tiga eau de colognes sitrus dengan asas minyak pati kabuchi.

カーブチー ルームフレグランス

Harumana Bilik

Kami telah membangunkan empat jenis haruman bilik sitrus dengan asas minyak pati kabuchi.

株式会社オキネシア イメージ画像

Profil Korporat

Garis Panduan Korporat

Di asas13 Jun, 1996
Nama DagangOKINESIA Inc.
WakilYukitaka Kinjo
Jenis IndustriIndustri Pengeluaran
Modal26 juta yen
Ibu Pejabat4-71-12 Shuri Kinjocho, Naha, Okinawa, 〒903-0815
Kilang3512-10 Motobucho Izumi, Kunigami-gun, Okinawa, 〒905-0221
Hubungi[TEL] +81-98-882-2577
[FAX] +81-98-882-2578
URLhttp://www.okinesia.com
E-mailinfo@okinesia.com
Lesen & KelayakanLesen Pengeluar Kosmetik / No Kebenaran 47CZ200042
Cosmetics Manufacture and Sales Lesen Mengeluar dan Jualan Kosmestik / No Kebenaran 47C0X10042

Pertanyaan / Permintaan Bahan

* Ruang Diperlukan

Adakah anda ingin meminta bahan?